Tampilkan posting dengan label sabah. Tampilkan semua posting
Tampilkan posting dengan label sabah. Tampilkan semua posting

WAWA ZAINAL KINI FOKUS LAKONAN SETELAH TAMAT BERSEKOLAH

on 27 Januari 2012

WAWA ZAINAL KINI FOKUS LAKONAN SETELAH TAMAT BERSEKOLAH | GADIS SABAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

WAWA ZAINAL PELAKON MUDA BERBAKAT

Mungkin ramai tidak begitu mengenali Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin. Berasal dari Lahad Datu Sabah, gadis berusia 21 tahun ini merupakan artis naungan syarikat Metrowealth (MIG) bersama-sama pelakon bernama besar seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !

Selepas berkecimpung dalam bidang lakonan selama lima tahun, namanya kian meniti di bibir ramai. Menurut Wawa, aktiviti lakonannya sebelum ini agak terbatas dek kerana jadual sekolah yang padat. Malah bersekolah di Sabah membuatkan gadis ini terpaksa mengambil keputusan untuk 'merehatkan' diri daripada bidang lakonan.

"Saya banyak menerima tawaran berlakon sebelum ini. Cuma terpaksa ditolak dengan cara baik kerana masih bersekolah. Selepas tamat pengajian, saya kembali fokus kepada bidang yang sememangnya saya minati sejak dulu lagi," ujar Wawa ketika ditemui di majlis kesyukuran dan sambutan Tahun Baru Cina MIG baru-baru ini.

Wawa sebelum ini pernah membintangi drama dan telefilem tempatan seperti "Ana Lulu" yang digandingkan bersama Nora Danish. Terbaru, Wawa sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya arahan Azhari Zain iaitu "Hantu Dalam Botol Kicap".

"Selepas ini insyaAllah saya akan muncul dalam beberapa buah filem terbaru terbitan MIG," tambahnya lagi yang turut berterima kasih dengan sokongan ibu bapat serta MIG yang memberinya peluang sehingga dikenali umum.

"Hantu Dalam Botol Kicap" telah menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Mikael Andre dan Zalif Sidek. Ia mengisahkan tiga orang adik-beradik yang terpaksa tinggal di kampung dan dijaga oleh nenek mereka kerana ibu bapa mereka harus menyelesaikan sesuatu yang penting. Ketika mereka di kampung tersebut, pelbagai kejadian pelik telah berlaku.

"Hantu Dalam Botol Kicap" akan menemui peminat pada 9 Februari 2012.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


ADIRA TOLAK TUDUHAN DIRINYA SEORANG LESBIAN

on 15 Januari 2012

ADIRA TOLAK TUDUHAN TENTANG DIRINYA SEORANG LESBIAN | GOSIP MELAMPAU ARTIS MALAYSIA 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Adira Tolak Dakwaan Dirinya LESBIAN

PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan penyanyi Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.

“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.

Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.

“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, anak bongsu dalam keluarga ini berkata klip video lagu ‘single’ terbarunya berjudul Sakura mula ditayangkan di Astro Ria pada malam Sabtu.

Selain sibuk memenuhi pelbagai undangan nyanyian, Adira juga sedang merakamkan lagu tema sebuah drama televisyen yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.



Wassalam~


Sumber: mStar



 
Derma [LIKE] Anda!

Ezani Farhana Juara Masterchef Malaysia | FULL VIDEO

on 09 Januari 2012

Juara pertama Masterchef Malaysia, Ezani Farhana Md Monoto, Manakala Naib Juara Wahidan Ag Supain

Assalamualaikum & salam sejahtera 

Masterchef Malaysia

Ezani Farhana Md Monoto

Master Chef Malaysia Final Full Video






Wassalam~

SENARAI TEMPAT LATIHAN INDUSTRI DI SARAWAK | INFO

on 03 Januari 2012

SENARAI TEMPAT LATIHAN INDUSTRI DI SARAWAK

Assalamualaikum & salam sejahtera

Senarai syarikat tempat latihan industri/ praktikal
Pasti sekarang ramai yang tengah mencari-cari tempat untuk menjalani latihan industri atau praktikal kan? Apa yang perlu anda buat ialah mencari sebanyak mana senarai syarikat yang anda rasakan sesuai untuk anda jadikan tempat latihan industri anda. Sekarang telah banyak syarikat yang boleh menerima pelajar-pelajar untuk menjalani latihan industri atau praktikal. Anda nak senarai-senarai syarikat tersebut?

Berikut merupakan senarai-senarai syarikat dan jabatan yang anda boleh memohon untuk latihan industri/ praktikal:


Senarai Syarikat 1

Senarai Syarikat 2




Wassalam dan terima kasih kerana sudi datang ke sini.
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved