Tampilkan posting dengan label baru. Tampilkan semua posting
Tampilkan posting dengan label baru. Tampilkan semua posting

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI JORDAN

on 22 Februari 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013 UNTUK PELAJAR MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSISTI JORDAN

SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013


1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i.                   Perubatan dan Pergigian
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan atau pergigian  di universiti Jordan hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) ATAU
Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM

ii.                 Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran ( khusus mata pelajaran Bahasa Arab ) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.

2.            Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Jordan perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3.            Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Jordan.

4.            Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5.            Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.


Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MOROCCO

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MOROCCO SESI AKADEMIK 2012/2013 UNTUK PELAJAR MALAYSIA LEPASAN SPM TAHUN 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

UNIVERSITI MOROCCO

 
SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR DI UNIVERSITI MOROCCO SESI AKADEMIK 2011/2012

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Morocco peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) dengan memperoleh lima (5) Kepujian; dan mendapat B bagi subjek Bahasa Arab. Pemohon yang  Mempunyai sijil (SPM) selain daripada tahun 2011 anda TIDAK LAYAK untuk memohon.

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Morocco perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Morocco.

4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Morocco hanya akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Format Baru Program RAJA LAWAK!

on 10 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


HANYA beberapa bulan saja peminat Raja Lawak sekali lagi bakal dihiburkan dengan musim baru program realiti TV yang sentiasa mendapat ‘rating’ tinggi itu. Bermula Januari 2011, program Raja Lawak 6 (RL6) akan ke udara secara langsung di Astro Warna dan bukan lagi di Astro Prima seperti sebelum ini.

Beberapa pembaharuan utama akan diperkenalkan untuk musim terbaru ini bagi memastikan kandungan yang ditawarkan segar dan selari mengikut peredaran zaman.
Ia juga penting bagi membekalkan kandungan komedi berkualiti secara berterusan.


Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, perubahan utama dari segi format mahupun saluran rasmi adalah sebahagian dari inisiatif pihak mereka untuk mengangkat genre jenaka ke satu aras lebih tinggi.



“Fokus kami dalam menerbitkan Raja Lawak untuk melahirkan bintang komedi berkualiti bagi mengisi ruang dan permintaan dalam industri hiburan.


“Raja Lawak juga umpama batu loncatan bagi mencungkil bakat-bakat baru dan mendidik mereka agar mengetahui erti sebenar jenaka dan persembahan yang menghiburkan,” katanya.

Menjelaskan penghijrahan Raja Lawak daripada Astro Prima ke Astro Warna pula, Khairul berkata ia sudah lama dirancang namun tertangguh kerana Astro tidak mempunyai program gantian pada masa itu.

Namun perpindahan saluran itu disebabkan Astro Prima kini sudah ada satu program baru berbentuk kekeluargaan yang sama hebat seperti Raja Lawak.

“Pada pandangan saya, pelanggan Astro Warna juga harus diberikan program terbaik bagi menghargai sokongan mereka. Memandangkan Astro Warna adalah saluran yang bercorak komedi maka program Raja Lawak ini sepatutnya diletakkan di bawah saluran itu,” katanya.

Bagi RL6, peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada tiga kumpulan yang akan dibimbing oleh tiga pelawak handalan.

Mereka akan diberikan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘Cif Kecik’ iaitu penasihat kepada peserta yang berada di bawah pemerhatian masing-masing manakala seorang ‘Cif Besar’ dilantik untuk memantau semua ‘Cif Kecik’ dan barisan peserta yang terbabit.

Kehadiran Cif Kecik dan Cif Besar ini bukan sekadar berkongsi nasihat dan memberikan galakan motivasi serta tunjuk ajar, tetapi juga agar mereka menjadi sumber inspirasi kepada peserta yang bertanding.

“Kami ingin melahirkan seorang pelawak yang bukan hanya berbakat dan mampu melontarkan idea serta pemikiran terbuka, tetapi jenaka mereka haruslah meninggalkan impak mendalam kepada penonton secara bersahaja kerana itulah antara ciri komedi yang bijak.

“Kami mengambil keputusan memasukkan Cif Kecik dan Cif Besar untuk memberikan tunjuk ajar, berkongsi nasihat, galakan motivasi serta sebagai sumber inspirasi kepada peserta RL6,” ujar Khairul lagi.

Selepas Man atau Abd Rahman Kassim dinobatkan sebagai Juara RL5, program realiti TV popular itu akan memulakan penjelajahan bagi sesi uji bakat di beberapa lokasi di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Anda di luar sana hanya perlu menunggu pengumuman seterusnya dan usah lepaskan peluang yang disediakan Astro kerana hadiah yang menanti pemenang pastilah lumayan.

Bagi RL6 kelak, sekali lagi dua pelawak yang juga lahir dari program itu, Johan & Zizan (Jozan) diberikan kepercayaan menjadi hos utama.

Nyata sekali bahawa keserasian Jozan sangat penting bagi mengekalkan keriuhan dan ‘mood’ program itu yang selama ini banyak dihidupkan oleh mereka berdua daripada siri pertandingan setiap minggu hinggalah ke malam kemuncak Raja Lawak.


Jom klik sini untuk mengundi blog ini^^

 

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved