Tampilkan posting dengan label SPM. Tampilkan semua posting
Tampilkan posting dengan label SPM. Tampilkan semua posting

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI JORDAN

on 22 Februari 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013 UNTUK PELAJAR MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSISTI JORDAN

SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013


1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i.                   Perubatan dan Pergigian
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan atau pergigian  di universiti Jordan hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) ATAU
Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM

ii.                 Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran ( khusus mata pelajaran Bahasa Arab ) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.

2.            Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Jordan perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3.            Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Jordan.

4.            Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5.            Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.


Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MOROCCO

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MOROCCO SESI AKADEMIK 2012/2013 UNTUK PELAJAR MALAYSIA LEPASAN SPM TAHUN 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

UNIVERSITI MOROCCO

 
SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR DI UNIVERSITI MOROCCO SESI AKADEMIK 2011/2012

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Morocco peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) dengan memperoleh lima (5) Kepujian; dan mendapat B bagi subjek Bahasa Arab. Pemohon yang  Mempunyai sijil (SPM) selain daripada tahun 2011 anda TIDAK LAYAK untuk memohon.

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Morocco perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Morocco.

4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Morocco hanya akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Pemain Sensasi Nazmi Faiz Menduduki SPM Tahun Depan

on 25 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Korang mesti kenal dengan Nazmi Faiz kan? Nama mamat ini terkenal selepas sama-sama membantu skuad Harimau Muda memenangi pingat emas dalam bola sepak Sukan SEA yang lepas. Walaupun Nazmi Faiz masih berumur  belasan tahun tapi bakatnya amat terserlah dan menjadi perhatian banyak pihak terutamanya persatuan bola sepak Malaysia. Dikhabarkan Nazmi Faiz sepatutnya menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini tetapi atas sebab terpilih dalam skuad bola sepak Sukan SEA yang lepas, dia terpaksa menunda untuk mengambil peperiksaan tersebut. Baca artikel di bawah untuk berita lanjut:

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 Nov lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau," kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama Jumaat.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka," katanya.

-- BERNAMA 


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved