PERMOHONAN KEMASUKAN UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR

on 22 Februari 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN UNIVERSISTI AL-AZHAR MESIR DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM DAN PERUBATAN SESI AKADEMIK 2012/2013

Assalamualaikum & salam sejahtera

MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR

SYARAT PERMOHONAN DAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR BAGI PENGAJIAN ISLAM SESI AKADEMIK 2012/2013
1.         Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang kurangnya pangkat MAQBUL. Pemohon yang tidak mempunyai sijil (STAM) TIDAK LAYAK untuk memohon ke Universiti Al-Azhar.
 
PERHATIAN:
Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) yang diterima hanya untuk tahun 2010 & 2011 sahaja. Bagi sijil (STAM) yang lewat tempoh tersebut akan dikenakan bayaran denda sebanyak LE50.00 bagi setiap tahun yang lewat.
(*Bayaran denda lewat adalah ditanggung sendiri oleh pelajar)
2.         Adalah dimaklumkan pelajar yang memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2012/2013, perlu menduduki peperiksaan kelayakan (Imtihan Qabul). Peperiksaan  kelayakan tersebut    adalah bertujuan untuk memastikan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar adalah cemerlang.
3.         Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
4.         Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Al-Azhar.
5.         Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Mesir akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my.
 
6.         Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.


SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2012/2013


1.            Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4(SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2011)dalam;

(Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).
2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.
4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Mesir akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.
 


Wassalam~


Derma [LIKE] Anda!

Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

^^SuSu^^ mengatakan...

sy nk tye..klu utk lepasan matrikulasi plk cmne nk apply utk medic ye??


6 Juni 2012 21.35
^^SuSu^^ mengatakan...

sy nk tye..klu lepasan mtrik, cmne ek nk apply medic sbb sy x tau cmne nk apply..trme ksh~~ :)


6 Juni 2012 21.38
khairina zainal al-baihaqi mengatakan...

assalam...saye nie mang lpasan STAm...bile boleh mohon dn isi borang untk ke sane????(-:


28 Oktober 2012 22.24
khairina zainal al-baihaqi mengatakan...

assalam.sye nie lpasan stam.,sye nk tnye bile boleh mohon dn isi brang untk ke al-azhar?


28 Oktober 2012 22.26
atiqah hanifa mengatakan...

utk medic kalau nak ke mesir,boleh lihat di medicmesir.blogspot.com ataupun di fb ummi medic mesir


3 Februari 2013 23.13

Poskan Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved