MALAYSIA JADI PILIHAN PELACUR ASIA BARAT

on 30 Januari 2012

MALAYSIA MENJADI SASARAN BARU PELACUR-PELACUR DARI ASIA BARAT | JENAYAH PELACURAN DI MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pelacur Asia Barat di Malaysia

KUALA LUMPUR: Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru pelacur wanita dari Timur Tengah menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka.


MENARIK HARI INI:


"Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta. 
"Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini. 

Wassalam~


MENARIK HARI INI:


 
Derma [LIKE] Anda!


SUMBER: BERNAMA
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

Azlan Hasan mengatakan...

sebab negara kita banyak pelancong arab..so orang malaysia pun teringin gak nak try arab bila dah selalu sgt tgk org arab..hehehe

Regards,
-Strider-


30 Januari 2012 21.39
Jomkongsistory aka Cerita Kedai Kopi mengatakan...

haha... baik kahwin trus org arab.. xyah try2... haha


31 Januari 2012 02.33
LegendOfPersia mengatakan...

cik ckk mahu tukar link..banner cik ckk dah selamat tertampal di sini:
http://duniabawahtempurung.blogspot.com/
hehe


31 Januari 2012 09.37
k@!sh!n mengatakan...

kalau takde pelanggan takde la yg menjual kan..hehe


31 Januari 2012 15.09
Jomkongsistory aka Cerita Kedai Kopi mengatakan...

k@!sh!n: btol2.. sbb tu diorang nk dtg malaysia...


31 Januari 2012 15.13

Poskan Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved