Fakta Menarik Anda Belum Tahu Tentang AFRIKA !

on 25 Desember 2011

Fakta menarik tentang benua AFRIKA. Mesti baca!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Benua Afrika
Tahukah anda? Afrika merupakan satu benua yang pelik dan menakjubkan di permukaan bumi. Banyak fakta pelik dan menarik tentang benua Afrika yang belum anda tahu. Dari bentuk muka bumi, budaya, bahasa, serta keunikan penduduk di tempat itu sendiri banyak berbeza dengan keadaan di tempat lain.
Anda nak tahu?. Jom !!


1. Tempat tinggal 55 000 ekor penguin


Pinguin Afrika

Penguin yang terdapat di benua Afrika merupakan spesis penguin yang semakin pupus di permukaan bumi. Pada mulanya jumlah keseluruhan penguin di benua Afrika boleh mencecah 4 juta ekor tetapi yang tinggal hanyalah 55000 ekor sahaja. Jika keadaan ini tidak dikawal tidak mustahil 15 tahun lagi semua penguin ini akan pupus.
2. Pengeluar berlian paling banyak di dunia

Berlian Afrika

Benua Afrika merupakan pengeluar utama berlian di seluruh dunia iaitu 50% dari hasil berlian dunia. Kini, jumlah pengeluarannya sudah menjangkau lebih dari 75% dari hasil pengeluaran berlian di dunia dengan nilainya lebih dari 1.9 karat bersamaan 158 bilion dolar US. Negara yang terbanyak menghasilkan berlian termasuklah Angola, Botswana dan Afrika Selatan.


3. Negara yang belum pernah dijajah

Ethiopia
Negara Ethiopia merupakan satu-satunya negara di benua Afrika yang belum pernah dijajah oleh mana-mana kuasa besar penjajah termasuklah Amerika dan Britain. Negara ini mempunyai 80 etnik dan lebih kurang 80 bahasa.
4. Tasik yang mempunyai spesis ikan paling banyak

Malawi
 
Tasik Malawi mempunyai spesis ikan yang paling banyak di dunia. Dijangkakan hanpir 500 spesis ikan dari 10 keluarga. Antara ikan yang menarik ialah ikan batu 'mbuna'.
5. Sudan mempunyai Piramid dua kali lebih banyak dari Mesir

Piramid Sudan
Negara Sudan merupakan negara yang mempunyai piramid yang paling banyak di dunia dengan jumlah dua kali ganda bilangan piramid di Mesir. Dianggarkan jumlah piramid di Sudan boleh mencecah 233 buah. Kebanyakan piramid di situ curam dan mempunyai ketinggian purata 20 hingga ke 30 meter.

6. Hospital kedua terbesar di dunia

Hospital Chris Hani
Hospital Chris Hani Baragwanath merupakan hospital kedua terbesar di dunia selepas Hospital Perubatan Sains Universiti Sichuan di barat China. Hospital tersebut terletak di kawasan Soweto, Johannesburg Afrika Selatan.

7. Negara terkaya di benua termiskin


Equatorial Guinea

Nama negara ini tidak begitu popular namun menjadi negara terkaya di benua Afrika iaitu Equatorial Guinea. Pada tahun 1996 sumber minyak telah ditemui dan menjadi sumber utama pendapatan negara tersebut sehingga kini. Negara Equatorial Guinea juga dilabel sebagai pembekal minyak di seluruh benua Afrika. Walaupun begitu penduduk di negara tersebut masih miskin disebabkan ketidakseimbangan sistem ekonomi iaitu orang yang kaya terlalu kaya dan yang miskin akan menjadi terlalu miskin. Negara kedua terkaya ialah Botswana manakala termiskin ialah Zimbabwe.
8. Tasik Chad yang hilang


Tasik Chad kering

Tasik Chad iaitu sumber air ke-empat terbesar di Afrika kini semakin hilang apabila 95% dari jumlah air dalam tasik tersebut sudahpun kering sejak 38 tahun yang lalu. Mengikut kajian NASA, perubahan iklim serta peningkatan pengunaan air di kawasan tersebut merupakan faktor mengapa fenomena tersebut berlaku. Dijangkakan tidak lama lagi tasik Chad akan bertukar padang pasir tanpa air. Adakah kita juga penyumbang perkara tersebut berlaku? Kepanasan bumi meningkat? Sebabnya pencemaran? Siapa?..

9. Keluasan gurun Sahara meningkat


Gurun Sahara

Gurun Sahara merupakan gurun paling luas di dunia. Namun keluasannya masih meningkat sehingga kini. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh penggurunan iaitu satu proses di mana daratan akan bertukar kepada gurun disebabkan kehilangan lembapan pada tanah dan tumbuh-tumbuhan. Peningkatan keluasan gurun Sahara ialah 1/2 kilometer sebulan.

10. Negara paling banyak hidupan liar


Hidupan liar Tanzania

Tanzania mempunyai kepadatan hidupan liar paling tinggi dengan 20% dari jumlah kepadatan hidupan liar di benua Afrika. Negara tersebut mempunyai 14 taman negara, pusat perlindungan, kawasan pemeliharaan dan taman marin yang berkeluasan hampir 42000 sq km iaitu lebih 1/3 dari keluasan negara itu.

11.  Tiga bandar utama negara Afrika Selatan

Bandar Afrika
 
Afrika Selatan adalah sebuah negara yang pelik kerana mempunyai 3 buah bandar utama negara iaitu Cape Town sebagai bandar perundangan, Pretoria sebagai bandar eksekutif dan Bloemfontein sebagai bandar kehakiman.

12. Madagascar spesis haiwan endemik

Madagascar
Hasil daripada pengasingan panjang pulau dari benua jiran, Madagascar adalah rumah kepada pelbagai tumbuhan dan haiwan yang sangat luas, kurang dijumpai di mana-mana tempat lain di muka bumi. Kira-kira 80% daripada semua jenis tumbuhan dan haiwan yang ditemui di Madagascar adalah endemik, termasuk infraorder pukang primat, lekuk karnivor dan tiga keluarga burung. Lebih 10,000 spesies tumbuhan yang berasal dari Madagascar, di mana 90% tidak didapati di mana-mana tempat lain di dunia. Ekologi tersendiri ini telah menyebabkan beberapa ahli ekologi mengelarkan Madagascar sebagai "benua kelapan", dan pulau ini telah diklasifikasikan oleh Conservation International sebagai hotspot biodiversiti.


Sekian sahaja perkongsian untuk entri kali ini.. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan ketinggalan untuk membaca entri seterusnya. Kalau sudi like FB page blog ini, FOLLOW dan simpan link blog ini dalam bloglist anda. Banyak lagi info menarik selepas ini..=)

P/s: Paling penting kalau nak ambil artikel ini untuk dimasukkan dalam blog anda, jangan lupa letak BACKLINK atau masukkan blog ini dalam BLOGLIST anda. TQ~

 
Wassalam~ 




Sumber: theworldgeography.com
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Anonim mengatakan...

nice info..


28 Desember 2011 06.47
~C-K-K~ mengatakan...

thanks...=)


28 Desember 2011 09.52

Poskan Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved