Pemandu Kereta Kemalangan Lesap

on 12 September 2012


Kemalangan sebuah Honda City dengan treler di Kilometer 173, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berdekatan Bandar Baharu, menimbulkan tanda tanya berikutan polis dipercayai menemui dadah dalam kereta tersebut, kelmarin.


Lebih mengejutkan, pemandu kereta terbabit dipercayai terus menghilangkan diri, manakala rakan lelakinya yang dikejarkan ke Hospital Parit Buntar akibat kecederaan melarikan diri sebelum pemeriksaan dilakukan.

Kejadian dipercayai berlaku jam 11 pagi apabila sebuah kereta yang dinaiki 2 lelaki melanggar bahagian belakang treler berkenaan yang sebelum itu terbabas di lereng bukit.



Sumber berkata, akibat pelanggaran tersebut, kereta yang dinaiki 2 lelaki itu rosak teruk, sementara pemandu treler berkenaan yang cedera dihantar orang ramai ke hospital berhampiran.

Menurut sumber, orang ramai yang cuba membantu mangsa yang berada di dalam kereta terbabit terkejut apabila tidak menemui pemandunya.


“Ketika orang ramai datang membantu, tempat duduk pemandu kosong dan hanya penumpang saja di tempat duduk penumpang depan yang cedera dan dibawa ke Hospital Parit Buntar bagi menerimakan rawatan.


Lelaki Ditoreh Guna Pisau Cukur


Keceriaan seorang penghantar surat menghadiri majlis perkahwinan rakannya bertukar tragedi apabila diserang 2 lelaki dikenali menggunakan pisau pencukur gara-gara berlaku perselisihan faham antara mereka dalam kejadian di Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.


Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa menerima beberapa jahitan di kepala.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia yang 31 tahun terkejut apabila didatangi lelaki dikenalinya itu dengan keadaan marah dan menghamburkan kata-kata kesat.


Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut mengeluar pisau pencukur serta menoreh kepala mangsa beberapa kali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Hospital Jadi Tempat Menyimpan Kenderaan Curi



Taktik kumpulan penjenayah yang telah menjadikan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sebagai tempat menyembunyikan kereta curi terbongkar setelah polis menemui 5 buah kereta curi di kawasan tempat letak kereta di premis tersebut Sabtu lalu.
 
Derma [LIKE] Anda!

Ketika ditemui pada pukul 12 tengah hari itu, salah sebuah kereta terbabit didapati dijadikan tempat bagi suspek menyembunyi 6 bilah parang, 6 topeng ski, 6 sarung tangan getah serta 3 helai jaket disyaki digunakan bagi tujuan jenayah.

Gadis Kecewa Cinta Tidak Dibalas

Seorang gadis yang kecewa apabila cintanya tidak dibalas sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan kenalan lelakinya sebelum dia maut setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 23 di Kondominium PV13, Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam.


Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan Nurul Syafika Jamaluddin, 24, maut akibat cedera parah di kepala serta badan. Mangsa dikatakan baru menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Rompakan Kedai Emas Di Rakaman CCTV


Siasatan berhubung 1 kes rompakan sebuah kedai emas di Jalan Besar, Sungai Siput dekat sini 3 September lalu memasuki episod baharu apabila polis kini menemui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari salah sebuah premis berhampiran lokasi kejadian.


Rakaman kurang 3 minit tersebut jelas menunjukkan 4 lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun di lihat telah melakukan jenayah tersebut pada pukul 8 pagi, 2 September lalu.
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved